RTM, IPPTAR boleh jadi platform manfaat kepakaran pesara – DS Fahmi

Foto Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA , 24 September – Pengalaman dan kepakaran pesara kerajaan perlu terus dimanfaatkan bagi membantu penambahbaikan perkhidmatan kerajaan, khususnya dalam bidang komunikasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penubuhan kelab atau persatuan veteran di setiap jabatan dan agensi sebagai mekanisme melibatkan pesara.
  • Persatuan Veteran RTM boleh menjadi platform mengekalkan silaturahim dan menyalurkan pandangan kepada kementerian.
  • IPPTAR boleh menjemput veteran untuk menyumbang kepakaran serta mengasah bakat penyiaran baharu.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata terdapat beberapa mekanisme yang boleh digunakan, termasuk penubuhan kelab atau persatuan veteran di peringkat jabatan dan agensi.

Menurut beliau, RTM misalnya mempunyai Persatuan Veteran RTM (PVRTM) yang boleh menjadi platform untuk meneruskan hubungan silaturahim selain menyalurkan pandangan kepada kementerian termasuk dimanfaatkan dalam pembangunan perkhidmatan awam.

“Kita juga mempunyai institusi seperti Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang dari semasa ke semasa boleh menjemput para veteran untuk datang menyumbang kepakaran dan pengalaman mereka terutama dalam mengasah bakat baharu.

“Jadi saya percaya tugas ataupun perkhidmatan mereka masih boleh diperlukan, ada mekanisme untuk kita manfaatkan pengalaman mereka,” jelasnya.

Beliau berkata kepada demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi bagi meraikan seramai 157 pesara dan bakal pesara kementerian berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.