Krisis tenaga Eropah semakin memburuk

Foto AFP

RUSIA, 21 September – Eropah kini berdepan tekanan tenaga yang semakin meningkat dengan kos bahan api dan tenaga yang terus memberi kesan kepada pengguna serta sektor perniagaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kirill Dmitriev menyifatkan krisis tenaga ini sebagai salah satu yang paling teruk dalam sejarah Eropah.
  • Beliau mendakwa krisis berpunca daripada keputusan Eropah dan mengkritik kegagalan menilai semula dasar tenaga.
  • Laporan menunjukkan kekurangan bekalan di stesen minyak Perancis dan harga petrol mencapai paras rekod di Jerman.
  • Ketegangan geopolitik, termasuk konflik Iran dan gangguan Selat Hormuz, menambah tekanan kepada pasaran tenaga dan kos pengangkutan.

Utusan khas Presiden Rusia bagi pelaburan asing dan kerjasama ekonomi, Kirill Dmitriev menyifatkan keadaan itu sebagai antara krisis tenaga paling buruk dalam sejarah Eropah.

Menerusi hantaran di platform X, Dmitriev berkata, Eropah akhirnya mula memahami skala krisis yang sedang dihadapinya.

Beliau turut mendakwa krisis berkenaan tercetus akibat keputusan Eropah sendiri selain, mengkritik kegagalan Eropah untuk menilai punca masalah dan menyesuaikan semula dasar tenaga.

Sementara itu, laporan media Perancis sebelum ini menyatakan kira-kira 10 peratus stesen minyak di negara itu berdepan masalah bekalan sekurang-kurangnya bagi satu jenis bahan api.

Di Jerman pula, media tempatan melaporkan harga petrol di stesen minyak meningkat ke paras rekod.

Perkembangan itu berlaku ketika Eropah terus berdepan kesan perubahan besar dalam bekalan tenaga susulan peningkatan konflik Ukraine pada 2022.

Kesatuan Eropah selepas itu mempercepatkan usaha mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga dari Rusia.

Namun, keadaan pasaran tenaga turut dipengaruhi perkembangan geopolitik terkini, termasuk konflik di Iran yang tercetus pada akhir Februari tahun ini, serta gangguan terhadap laluan perkapalan melalui Selat Hormuz.

Situasi berkenaan memberi tekanan kepada kos tenaga dan pengangkutan pengguna di Eropah.

Dalam masa sama, syarikat-syarikat Eropah berdepan pelbagai cabaran termasuk harga tenaga yang kekal tinggi, peningkatan kos logistik serta permintaan luar yang lemah.

Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kos sara hidup pengguna dan daya saing industri Eropah, ketika rantau berkenaan berusaha memastikan keselamatan serta kestabilan bekalan tenaganya.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.