Lawatan Presiden China ke AS dijangka perkukuh hubungan dua hala

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping

BEIJING, 21 September – Lawatan Presiden China, Xi JinPing ke Amerika Syarikat (AS) dijangka memperkukuh hubungan dua hala ketika kedua-dua negara masih berdepan perbezaan pendirian dalam isu perdagangan, Taiwan dan keselamatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Xi dijangka mengadakan perbincangan mendalam dengan Trump mengenai hubungan Beijing dan Washington serta keamanan dan pembangunan global.
  • Diplomasi peringkat ketua negara dianggap memainkan peranan strategik dalam menentukan hubungan kedua-dua negara.
  • Trump membuat lawatan ke Beijing pada Mei; kedua pemimpin membincangkan gencatan senjata perdagangan, konflik Iran dan dasar AS terhadap Taiwan.
  • JinPing menegaskan kegagalan mengurus isu Taiwan boleh membawa kepada keadaan berbahaya; kedua-dua pihak berusaha mencapai perjanjian mengenai tarif, AI dan sumber mineral kritikal.

Jurucakap Kementerian Luar China, Gua Jiakun berkata JinPing dijadual mengadakan perbincangan secara mendalam dengan Presiden AS, Donald Trump mengenai hubungan Beijing dan Washington serta keamanan dan pembangunan global.

“Diplomasi peringkat ketua negara memainkan peranan strategik dalam menentukan hubungan China-AS,” katanya.

Presiden China dijadual mengadakan lawatan ke AS bermula 23 hingga 25 September, menurut Kementerian Luar negara berkenaan.

Trump sebelum ini membuat lawatan ke Beijing pada Mei lalu dengan kedua-dua pemimpin antaranya membincangkan gencatan senjata perdagangan, konflik Iran serta dasar AS ke atas Taiwan.

JinPing menegaskan, kegagalan menguruskan isu Taiwan akan membawa kepada keadaan yang berbahaya.

Lawatan Presiden China ke AS diadakan ketika kedua-dua pihak sedang berusaha mengadakan perjanjian berkaitan tarif, kecerdasan buatan dan sumber mineral yang kritikal.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.