Dilarang memasuki White House, tiga organisasi media fail saman terhadap Trump

Foto Reuters

WASHINGTON, 21 September – Tiga organisasi media iaitu CNN, MS NOW dan Politico yang dilarang memasuki White House bagi tujuan liputan dijangka akan memfailkan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pas media wartawan dilaporkan dirampas semasa cubaan memasuki White House, menurut dakwaan berasingan organisasi media.
  • Tindakan itu didakwa melanggar Pindaan Pertama Perlembagaan AS, menyerang kebebasan media dan kebebasan akhbar.
  • Walaupun berdepan sekatan, organisasi berkenaan berikrar terus membuat liputan; Trump menuduh mereka menyiarkan berita palsu tanpa bukti.

Ketiga-tiga organisasi media itu secara berasingan mendakwa pas media wartawan mereka telah dirampas ketika memasuki White House pada pagi Sabtu.

Tindakan tersebut menurut tiga organisasi media berkenaan, melanggar peruntukan pindaan pertama Perlembagaan AS termasuk kebebasan media dan kebebasan akhbar.

CNN menerusi kenyataan menegaskan, larangan itu jelas bercanggah dengan perlembagaan yang memperuntukkan hak kewartawanan tanpa sebarang campur tangan kerajaan.

MS NOW dan Politico berkata, pihaknya akan mempertahankan hak mereka mengikut peruntukan perlembagaan.

Sementara itu, meskipun berdepan larangan tersebut, ketiga-tiga organisasi media itu menyatakan akan terus membuat liputan mengenai pentadbiran Trump.

Pada Jumaat lalu, Trump melarang akses masuk ke White House terhadap ketiga-tiga organisasi media itu selepas mendakwa mereka sering melaporkan berita ‘palsu, fiksyen dan penipuan’ terhadap pentadbirannya tanpa memberikan contoh khusus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.