Rumah panjang 10 pintu di Long Jekitan, Ulu Baram musnah terbakar

Rumah panjang di Kampung Long Jekitan, Ulu Baram, musnah dalam kebakaran, pada Sabtu lalu

MIRI, 21 September – Sebuah rumah panjang 10 pintu di Kampung Long Jekitan, Ulu Baram, musnah dalam kebakaran yang dilaporkan pada Sabtu lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian, menurut laporan JBPM Negeri Sarawak.
  • Pasukan penyiasat, bomba Marudi dan PDRM tiba selepas perjalanan 230 km selama lapan jam, menjalankan pemeriksaan keselamatan.
  • Kira-kira 79 penduduk terjejas dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Pasukan penyiasat dari Pejabat Zon 6 Miri bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Marudi serta PDRM bergerak ke lokasi pada pukul 6.00 pagi semalam.

Perjalanan sejauh kira-kira 230 kilometer melalui jalan balak dan mengambil masa kira-kira lapan jam untuk ke lokasi kebakaran.

Pasukan itu tiba di lokasi pada pukul 2.00 petang dan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api atau bahaya susulan.

Kira-kira 79 orang penduduk penduduk terjejas dalam insiden tersebut

Siasatan turut dijalankan bagi mengenal pasti punca dan faktor kebakaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.