
KUALA LUMPUR, 20 September- Sebanyak 27 lokasi pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 2.00 petang ini, meningkat berbanding 21 lokasi pada 8.00 pagi.
- Sarawak catat bacaan IPU tertinggi; IPD Serian 176, diikuti Samarahan, Kuching dan Sri Aman.
- Negeri lain rekod bacaan tidak sihat termasuk Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Pahang.
- Kategori IPU: 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat. Layari laman JAS atau muat turun aplikasi MyJAS EQMS.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dengan 176, diikuti Samarahan (169), Kuching (166), Sri Aman (158), Bintulu (155), Miri dan Sibu masing-masing 152, Samalaju (128), Limbang (103) serta Pusat Latihan Perindustrian (ILP) Miri (101).
Di Johor, bacaan tidak sihat direkodkan di Segamat (156), Batu Pahat (155), Larkin dan Tangkak masing-masing 154, manakala Negeri Sembilan mencatatkan Nilai (158), Seremban (154) dan Port Dickson (121).
Selangor pula merekodkan bacaan di Shah Alam (155), Johan Setia (153) dan Petaling Jaya (139), manakala Melaka mencatatkan Bukit Rambai (152) dan Bandaraya Melaka (151).
Di Kuala Lumpur, Cheras merekodkan bacaan 151 dan Batu Muda (138), manakala Putrajaya mencatatkan 158.
Sabah pula merekodkan bacaan 152 di Politeknik Kota Kinabalu, sementara Pahang mencatatkan 112 di Indera Mahkota Kuantan.
Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.