Kerajaan akan terus dukung penggiat seni, industri kreatif

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 September – Kerajaan akan terus memberi dukungan kepada penggiat seni dan industri kreatif agar lebih banyak karya bermutu dapat dilahirkan, sekali gus mengangkat martabat seni dan budaya Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke pementasan teater muzikal Mansur dan Liu di Panggung Sari, Istana Budaya.
  • Perkongsian di Facebook menekankan karya menggambarkan hubungan diplomasi, budaya dan sejarah antara Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming.
  • Anwar mengucapkan tahniah kepada Datuk M. Nasir dan seluruh warga produksi atas persembahan yang mengagumkan.
  • Adaptasi Sulalatus Salatin menghidupkan kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, menyambung warisan sastera tradisional.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke pementasan teater muzikal Mansur dan Liu arahan seniman ulung Datuk M. Nasir di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi, berkata karya berkenaan menggambarkan hubungan diplomasi, budaya dan sejarah antara Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming.

“Tahniah dan syabas kepada Datuk M. Nasir serta seluruh warga produksi atas persembahan yang mengagumkan, sekali gus membuktikan bahawa hasil seni tempatan mampu diangkat ke tahap yang membanggakan dan berpotensi berdiri di pentas antarabangsa,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Pementasan itu diadaptasi daripada karya agung Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin, yang menghidupkan kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.