
KANGAR, 19 September – Isu dan keperluan golongan belia perlu diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2027 yang dijadualkan Oktober depan.
- KBS menerusi Jelajah Belanjawan Belia MADANI mengumpulkan pandangan belia untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.
- Biarpun isu belia kebanyakannya umum, ia dipandang serius kerana mencerminkan keperluan dan kemahuan golongan muda.
- Perkara utama dibangkitkan: pekerjaan, ekonomi, kepimpinan belia dan fasiliti sukan; program memberi peluang interaksi terus.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jelajah Belanjawan Belia MADANI mengumpulkan pandangan serta input daripada golongan berkenaan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, tiga daripada enam siri jelajah yang telah dilaksanakan setakat ini, isu yang dibangkitkan belia masih berkisar kepada perkara umum.
Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan tetap dipandang serius kerana ia mencerminkan keperluan dan kemahuan golongan muda ketika ini.
Antara isu yang dibangkitkan, biasalah isu pekerjaan, isu ekonomi, pasal kepimpinan belia dan fasiliti sukan, sangat umu, perkara mungkin biasa, tapi perkara itulah keperluan yang rakyat mahun. Dan perkara itulah yang perlu kita ambik tahu dan perlu bagi perhatian”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program Town Hall Khas bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan di Kangar, Perlis.
Lebih 400 belia yang terdiri daripada pelajar menyertai program itu, yang sekali gus memberi peluang belia berinteraksi secara terus dengan beliau dan pihak Kementerian Belia dan sukan.