Piala Davis: Republik Czech terikat seri 1-1

Foto REUTERS

PRAGUE, 19 September – Republik Czech menyamakan kedudukan 1-1 dengan Amerika Syarikat dalam aksi kelayakan Piala Davis selepas Jiri Lehecka menewaskan naib juara Terbuka Amerika Syarikat, Ben Shelton, 6-4, 6-4 pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amerika Syarikat memegang rekod 32 kejuaraan Piala Davis, tetapi tidak menjuarai trofi sejak 2007.
  • Korea Selatan hampir mara ke suku akhir kali pertama, mendahului India 2-0 selepas kemenangan Kwon dan Chung.
  • Kanada mendahului Perancis 2-0 di Quebec City; Draxl mengejutkan Rinderknech dan Auger-Aliassime menang.
  • Juara tujuh pertemuan kelayakan akan sertai tuan rumah dan juara bertahan Itali dalam pusingan akhir lapan pasukan Bologna November.

Lehecka bangkit memastikan tuan rumah kembali dalam persaingan selepas Learner Tien menewaskan Jakub Mensik dalam aksi perseorangan pembukaan.

Amerika Syarikat, yang memegang rekod 32 kejuaraan Piala Davis, belum menjulang trofi berkenaan sejak 2007.

Pada Aksi beregu pada Sabtu menyaksikan Christian Harrison dan Austin Krajicek dijadualkan menentang gandingan Republik Czech, Adam Pavlasek dan Patrik Rikl, sebelum Shelton bertemu Mensik dan Lehecka menentang Tien dalam aksi perseorangan .

Sementara itu di Seoul, Korea Selatan semakin hampir mencipta sejarah mara ke suku akhir Piala Davis buat kali pertama selepas mendahului India 2-0.

Kwon Soon-woo dan Chung Hyeon masing-masing mencatat kemenangan selepas bangkit daripada ketinggalan satu set.

Kwon menewaskan pemain ranking ke-367 dunia, Dhakshineswar Suresh, 3-6, 6-3, 6-4, manakala Hyeon menundukkan Sumit Nagal 2-6, 6-4, 7-5.

Di Vienna, Austria dan Belgium terikat 1-1 selepas Jurij Rodionov menewaskan Gauthier Onclin sebelum Zizou Bergs bangkit mengatasi Lukas Neumayer 2-6, 6-4, 6-2.

Tuan rumah Kanada pula mendahului Perancis 2-0 di Quebec City.

Liam Draxl, pemain ranking ke-205 dunia, mengejutkan Arthur Rinderknech 6-2, 7-5 sebelum pemain nombor lima dunia, Felix Auger-Aliassime, menewaskan Quentin Halys 7-6 (7/5), 4-6, 6-3.

Tiga lagi aksi kelayakan akan bermula Sabtu membabitkan Jerman menentang Croatia di Halle, Sepanyol berdepan Chile di Santiago dan Britain melayan kunjungan Ecuador di London.

Juara setiap daripada tujuh pertemuan kelayakan hujung minggu ini akan menyertai tuan rumah dan juara bertahan tiga kali, Itali, dalam pusingan akhir lapan pasukan di Bologna pada November. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.