KBEA 2026 iktiraf 30 usahawan Kelantan

Foto RTM

KOTA BHARU, 19 September – Seramai 30 usahawan Kelantan daripada pelbagai sektor menerima pengiktirafan menerusi Kelantan Business Entrepreneurship Awards (KBEA)
2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dipilih daripada 150 pencalonan selepas proses saringan bagi mengiktiraf pencapaian dan kejayaan usahawan.
  • KBEA menjadi platform mengangkat pencapaian usahawan tempatan serta memperkukuh jaringan dan peluang kerjasama perniagaan.
  • Program tahun kelima ini mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan, agensi persekutuan dan kerajaan negeri.
  • Penerima anggap pengiktirafan sebagai pembakar semangat, inspirasi untuk generasi muda dan galakan berkongsi kepakaran, contohnya gastronomi tradisi Kelantan.

Mereka dipilih daripada 150 pencalonan selepas melalui proses saringanbagi mengiktiraf pencapaian serta kejayaan membangunkan perniagaan masing-masing.

Penganjurnya, Shahir Adnan berkata, KBEA 2026 menjadi platform mengangkat pencapaian usahawan tempatan yang berjaya membina serta mengembangkan perniagaan dalam pelbagai sektor.

Penganjuran itu juga bertujuan memperkukuh jaringan perniagaan dan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam kalangan komuniti usahawan.

“Kita nampak anugerah ini untuk memberikan pengiktirafan kepada mereka sebab sebelum ini tidak ada pun satu platform untuk mengiktiraf usahawan di negeri ini.

“Jadi, alhamdulillah, ini adalah tahun kelima kita melaksanakan program ini dan alhamdulillah kita mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, agensi-agensi di persekutuan, dan juga kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis KBEA 2026 di Kota Bharu, malam tadi.

KBEA 2026 turut mencerminkan perkembangan ekosistem keusahawanan Kelantan yang terus melahirkan usahawan berdaya saing, mencipta peluang pekerjaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Rata-rata usahawan yang ditemui menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu pembakar semangat untuk mereka terus melakar kejayaan dalam bidang masing-masing, di samping menjadi inspirasi dan contoh terbaik kepada generasi muda serta usahawan baharu.

“Seronok apabila diberi pengiktirafan, yang mana kita berkongsi tentang gastronomi. Kita bercerita, ini memberi suntikan semangat kepada saya juga untuk terus berkongsi dan bercerita tentang kehebatan gastronomi makanan tradisi Kelantan,” kata penerima, Nur Azwaadiey Rosli.

“Saya berbesar hati menerima anugerah ini. Ia juga menjadi pembakar semangat kepada diri saya sendiri serta inspirasi kepada orang muda dan mereka yang baru hendak belajar berniaga,” kata penerima, Wan Hafizol Wan Omar.

“Saya sangat terharu menerima anugerah ini. Kalau ditanya tentang kelayakan, saya kurang pasti. Namun, saya rasa selama ini mungkin orang melihat saya dan Abang Sabri Yunus sebagai satu contoh yang baik,” kata penerima, Ardini Angeline Tan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.