Empat termasuk 3 pelarian Myanmar direman bantu siasatan kes bunuh

Empat individu, termasuk tiga pelarian Myanmar dan seorang lelaki tempatan, direman tujuh hari

KOTA BHARU, 19 September – Empat individu, termasuk tiga pelarian Myanmar dan seorang lelaki tempatan, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang remaja lelaki yang juga pelarian Myanmar berusia 18 tahun di Kampung Pok Boh, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana pembunuhan.
  • Dua suspek ditahan berhampiran Kota Bharu; dua lagi ditangkap di Selising, Pasir Puteh.
  • Kejadian dipercayai berlaku sekitar 10.30 malam di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan.
  • Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian leher akibat objek tajam.

Perintah tahanan reman bermula Ahad hingga 26 September itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Keempat-empat suspek berusia antara 25 hingga 40-tahun terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita pelarian Myanmar, serta seorang lelaki tempatan yang dipercayai majikan kepada pelarian terbabit.

Kesemua mereka disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, majikan bersama seorang suspek lelaki ditahan berhampiran di Kota Bharu, manakala dua suspek lagi, seorang wanita dan lelaki ditahan di Selising, Pasir Puteh.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di sebuah rumah kongsi berhampiran Tanah Perkuburan Taman Desa Kujid, Kampung Pak Boh, Kota Bharu.

Mangsa, remaja lelaki pelarian Myanmar berusia 18 tahun, dipercayai mengalami kecederaan di bahagian leher akibat objek tajam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damir ketika dihubungi berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis. Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.