Aktivis flotila Gaza rancang misi baharu pada 2027

Keadaan di Gaza selepas serangan rejim Zionis/ AFP

CATANIA, 19 Oktober – Aktivis flotila bantuan ke Gaza sambil berikrar akan meneruskan misi ke Gaza pada Mac 2027 meskipun berdepan risiko ditahan tentera Israel dan dakwaan layanan buruk dalam misi terdahulu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aktivis dari pelbagai latar belakang berkumpul di Catania untuk menentang apa yang mereka sifatkan sebagai genosid di Gaza.
  • Mattias Isaksson melaporkan layanan buruk termasuk penculikan, penderaan seksual dan keganasan terhadap aktivis yang ditahan.
  • Kapal Tenacity terpaksa dibatalkan kerana masalah mekanikal; penganjur sedang atur misi pengganti walau halangan wujud.
  • Pendakwa raya Itali mengembangkan siasatan terhadap layanan aktivis, menyiasat Menteri Pertahanan Israel dan pegawai kanan atas dakwaan penyeksaan dan penculikan.

Aktivis daripada pelbagai latar belakang itu berkumpul di Catania, Sicily, pada Ahad dengan matlamat bersama untuk menamatkan tindakan yang disifatkan sebagai ‘genosid’ di Gaza.

Salah seorang aktivis yang ditemui Aly Traore berkata, pertemuan itu penting kerana isu yang dibincangkan merupakan cabaran global yang melibatkan seluruh manusia.

“Pertemuan ini amat penting kerana kita sedang berdepan situasi global yang melibatkan semua manusia,” katanya.

Seorang anggota kru flotila terdahulu, Mattias Isaksson, mengenang kembali layanan buruk pihak berkuasa Israel terhadap aktivis yang ditahan.

“Mereka mengerahkan ramai anggota tentera dalam misi terakhir dan menculik ramai orang. Terdapat banyak pengalaman berkaitan penderaan seksual dan keganasan,” katanya.

Meskipun berdepan dakwaan berkenaan dan risiko ditahan sekali lagi, Isaksson menegaskan bahawa perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk mendapatkan keadilan.

“Ini bukan sesuatu yang dilakukan untuk berseronok. Kami melakukannya bagi cuba menghentikan genosid, tetapi sudah tentu misi ini membawa risiko yang besar,” katanya lagi.

Gabungan aktivis itu memaklumkan kapal mereka, Tenacity, tidak akan meneruskan perjalanan ke Gaza berikutan masalah mekanikal yang menyebabkan perjalanan tertangguh.

Sebaliknya, penganjur sedang membuat persiapan bagi melancarkan satu lagi misi pada Mac 2027.

Perhimpunan itu berlangsung dua hari selepas pendakwa raya Itali memperluas siasatan terhadap layanan yang diterima aktivis yang ditahan ketika menyertai misi flotila menuju Gaza pada 2025 dan 2026.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, bersama 12 pegawai kanan tentera, polis dan penjara Israel, kini disiasat berhubung dakwaan melakukan kesalahan termasuk penyeksaan, penculikan dan kecederaan fizikal.

Siasatan itu dimulakan susulan aduan daripada 50 aktivis Itali dan sebelum ini turut melibatkan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir.- VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.