16 maut, lebih 50 cedera dalam serangan bunuh diri di Pakistan

Foto Reuters

KOHAT, 18 September – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera dalam serangan disyaki pengeboman bunuh diri di sebuah kompleks polis di Kohat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan setakat ini.
  • Serangan berlaku ketika anggota polis dan keluarga mereka menunaikan solat Jumaat di masjid dalam kompleks.
  • Sebuah kenderaan sarat bahan letupan merempuh pintu masuk Old Police Lines sebelum letupan berlaku.
  • Lelaki bersenjata mengiringi kenderaan turut melepaskan tembakan; letupan menghasilkan kawah di pekarangan masjid.

Mangsa yang maut termasuk seorang penyerang, 11 orang awam dan lima anggota polis.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan, setakat ini.

Serangan berlaku ketika anggota polis dan keluarga mereka sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid dalam kompleks berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, sebuah kenderaan sarat bahan letupan merempuh pintu masuk Old Police Lines sebelum letupan berlaku.

Lelaki bersenjata yang mengiringi kenderaan berkenaan turut melepaskan tembakan.

Letupan tersebut juga menghasilkan sebuah kawah di pekarangan masjid yang terletak dalam kompleks polis.

Sejak kebelakangan ini, Khyber Pakhtunkhwa merekodkan peningkatan serangan militan terhadap pasukan keselamatan dan kemudahan kerajaan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.