Qatar bekal 1.3 juta liter bahan api untuk keperluan kemanusiaan di Gaza

Keadaan di Gaza/ AFP

DOHA, 18 September – Qatar mengumumkan pada Khamis, pemberian kira-kira 1.3 juta liter bahan api kepada Gaza bagi memenuhi keperluan kemanusiaan dan memastikan perkhidmatan penting berjalan, terutamanya dalam penjagaan kesihatan, menurut kenyataan Kementerian Luar negara itu, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Qatar menandatangani perjanjian dengan PBB bagi memudahkan penghantaran bahan api untuk keperluan kemanusiaan dan perkhidmatan penting.
  • Pemberian bahan api menyokong sektor kesihatan dengan membantu hospital dan pusat kesihatan terus beroperasi.
  • Langkah ini sebahagian daripada tindak balas Qatar terhadap keperluan kemanusiaan di Gaza.
  • Qatar menyediakan kira-kira 30 juta liter bahan api ke Semenanjung Gaza antara Oktober 2023 dan Mac 2026.

Qatar menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk memudahkan penghantaran bahan api ke Gaza sebagai sebahagian tindak balasnya terhadap keperluan kemanusiaan dan perkhidmatan penting di kawasan itu.

Pemberian itu menyokong sektor kesihatan Gaza dengan membantu beberapa hospital dan pusat kesihatan terus beroperasi, menurut kenyataan berkenaan.

Kementerian itu menambah, Qatar menyediakan kira-kira 30 juta liter bahan api ke Semenanjung Gaza antara 7 Oktober 2023 dan akhir Mac 2026.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.