
KUALA LUMPUR, 17 September – Datuk Ab Ghani Hassan sah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu bagi bagi baki penggal 2025-2029.
- Pemilihan dimuktamadkan melalui Kongres Luar Biasa FAM Kedua yang diadakan hari ini.
- Calon pemenang memperolehi 20 undi manakala pencabar meraih 5 undi.
- Rosmadi Ismail Naib Presiden 1, N. Saaran Naib Presiden 3; Exco baharu melibatkan wakil FA, FC, profesional dan Suraya Yaacob.
Pemilihan tersebut dimuktamadkan menerusi Kongres Luar Biasa FAM Kedua yang berlangsung hari ini.
Beliau memenangi jawatan nombor satu badan induk bola sepak negara itu selepas memperoleh 20 undi, menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sekadar meraih lima undi.
Sementara itu, jawatan Naib Presiden 1 FAM kini disandang oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail, manakala kerusi Naib Presiden 3 pula dimenangi oleh Datuk N. Saaran.
Bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang baharu, kategori Persatuan Bolasepak (FA) menyaksikan Mohd Azizudin Mohd Shariff, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Datuk Alijus @ Mohd Ali Sipil terpilih menganggotai barisan kepimpinan tersebut.
Kategori FC pula diisi oleh Datuk Kamarudin Hassan dan Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, manakala bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dipilih bagi mewakili kategori Profesional.
Bagi kategori Wanita, Datuk Suraya Yaacob berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu.