UKM tembusi kelompok 20 universiti terbaik Asia

Foto UKM

KUALA LUMPUR, 4 November – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta sejarah apabila buat pertama kali menembusi kelompok 20 universiti terbaik di Asia menerusi penarafan QS Asia University Rankings 2027, sekali gus meletakkannya di tangga kedua di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejayaan tertinggi UKM sejak 2009, peningkatan berterusan menunjukkan kemajuan signifikan dalam penarafan dan prestasi universiti.
  • Naib Canselor anggap mercu tanda hasil usaha kolektif, menyokong Pelan Strategik TEKAD57 untuk kecemerlangan berjiwa kebangsaan.
  • UKM utamakan pendidikan berkualiti dan penyelidikan berimpak tinggi; kerjasama MIT Open Learning melalui Universal AI tingkatkan kemahiran praktikal AI.

Kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi UKM sejak penarafan berkenaan diperkenalkan pada 2009, dengan peningkatan empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya serta kemajuan 35 anak tangga daripada kedudukan ke-55 pada 2017 kepada tangga ke-20 pada 2027.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh menyifatkan kejayaan tersebut sebagai mercu tanda penting yang membanggakan seluruh warga universiti dan negara hasil usaha kolektif serta iltizam berterusan dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan.

“Kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Pelan Strategik UKM 2026–2030 (TEKAD57) dalam merealisasikan aspirasi universiti bertaraf dunia yang berjiwa kebangsaan, berteraskan kecemerlangan ilmu dan impak kepada masyarakat,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan UKM.

Walau bagaimanapun, Datuk Dr. Sufian menegaskan penarafan bukan satu-satunya ukuran kejayaan, sebaliknya keutamaan universiti kekal pada penyediaan pendidikan berkualiti dan penyelidikan berimpak tinggi yang mampu melahirkan graduan relevan dengan keperluan semasa.

Sebagai contoh, inisiatif kerjasama UKM bersama Massachusetts Institute of Technology (MIT) Open Learning menerusi program Universal AI menyediakan akses tiga tahun kepada pelajar dan kakitangan bagi meningkatkan kemahiran praktikal dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Tambah beliau, kejayaan berada dalam kelompok 20 terbaik Asia itu menjadi lambang keupayaan UKM mengangkat kecemerlangan pendidikan tinggi Malaysia ke persada dunia tanpa mengabaikan identiti serta aspirasi negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.