Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat perjudian di Lawas

Foto Polis Sarawak

LAWAS, 17 September – Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian di sebuah premis di Jalan Lawas Damit, Lawas, 7 September lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeriksaan menemui beberapa keping kertas berangka dan aplikasi perjudian pada telefon bimbit suspek.
  • Polis merampas telefon bimbit, kertas serta sejumlah wang tunai untuk membantu siasatan.
  • Suspek tiada rekod jenayah; kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata suspek ditahan dalam pemeriksaan yang dijalankan sepasukan polis kira-kira pukul 2.20 petang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap suspek dan premis itu, polis menemukan beberapa keping kertas yang tertera angka selain mendapati telefon bimbit suspek mempunyai aplikasi perjudian.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, kertas dan sejumlah wang tunai untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata suspek yang turut bekerja di premis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.