
SUNGAI PETANI, 17 September – Seramai 10,000 peserta memeriahkan ‘Malaysia Sarong Music Run’ dan Keretapi Sarong 2026 di Dataran Zero, di sini pada Rabu.
- Dr. Mohammed Taufiq Johari sertai Fun Walk tiga kilometer, menzahirkan sokongan rasmi kepada program.
- Program menonjolkan muzik, budaya dan pemakaian sarong sambil menggalakkan gaya hidup sihat.
- Sumbangan cek RM200,000 diserahkan kepada Gerakan Belia 4B Merbok untuk memperkasa belia akar umbi.
- Pengibaran Jalur Gemilang sepanjang 500 meter semarakkan sambutan Hari Malaysia, memupuk perpaduan dan kecintaan warisan.
Program yang mengetengahkan elemen muzik, budaya dan pemakaian sarong itu turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, menerusi Fun Walk sejauh tiga kilometer.
Penganjuran berkenaan menjadi platform menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai dan meriah, selain memperkenalkan kepelbagaian budaya serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia dan komuniti.
Pada program sama, Dr. Mohammed Taufiq turut menyerahkan cek cura berjumlah RM200,000 kepada Gerakan Belia 4B Merbok, sebagai sokongan terhadap usaha memperkasa gerakan belia di peringkat akar umbi.
Turut mendapat perhatian ialah pengibaran Jalur Gemilang gergasi sepanjang500 meter, sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Malaysia, selain melahirkan semangat perpaduan dan kecintaan terhadap warisan serta identiti negara.