Sekolah di Lubok Antu beroperasi semula Khamis

Keputusan dibuat berdasarkan bacaan IPU setakat pukul 7 pagi tadi/ Foto BERNAMA

KUCHING, 16 September – Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu akan beroperasi seperti biasa mulai esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan operasi sekolah dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).
  • Sebarang perubahan atau perkembangan operasi sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  • Aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid diberi keutamaan; ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak jika bimbang.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan berkenaan setakat pukul 7 pagi tadi.

Sebarang perubahan atau perkembangan terkini berkaitan operasi sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan, khususnya ketika berdepan cuaca panas atau keadaan cuaca luar jangka.

“Ibu bapa atau penjaga dibenarkan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah sekiranya bimbang terhadap kesihatan mereka susulan keadaan jerebu yang masih melanda beberapa lokasi di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.