PM dijangka umum beberapa perkara sempena Hari Malaysia

Foto BERNAMA

KUCHING, 15 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman sempena sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil mengesahkan terdapat beberapa pengumuman, namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
  • Kerajaan menyifatkan sambutan Hari Malaysia di Sarawak tahun ini sebagai amat signifikan.
  • Kerajaan Persekutuan menyerahkan secara rasmi Bintulu Port yang akan diusahakan sepenuhnya oleh Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil kepada pemberita selepas menjadi tetamu di konti SARAWAKfm, RTM Kuching.

“Ada beberapa pengumuman yang Perdana Menteri bakal umumkan sewaktu acara pada 16 September pada sebelah malam di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK),” katanya.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Komunikasi tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan Perdana Menteri.

Mengulas mengenai sambutan Hari Malaysia 2026 di Sarawak, Datuk Seri Fahmi berkata sambutan di negeri itu tahun ini amat signifikan.

“Acara ini signifikan pada ketika kita juga melihat ada beberapa perkara yang telah dilunaskan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Sabah.

“Contoh, kita bakal menyaksikan penyerahan rasmi Bintulu Port yang akan diusahakan sepenuhnya Sarawak,” katanya lagi.

Penganjuran Hari Malaysia di Sarawak selaras dengan dasar kerajaan yang menetapkan sambutan itu diadakan secara bergilir antara semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.