
KUALA LUMPUR, 15 September – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan untuk mendapatkan akses kepada kira-kira 17,000 kamera litar tertutup (CCTV) di 1,100 cawangan KK Mart seluruh negara pada masa akan datang bagi memperkukuh pemantauan keselamatan.
- Kira-kira 700 premis KK Mart di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dilengkapi CCTV serta pusat kawalan untuk kerjasama keselamatan lebih strategik.
- PDRM akan meningkatkan kerjasama, rondaan dan pemantauan supaya KK Mart dijadikan safety point untuk komuniti setempat.
- PDRM mempunyai prosedur lawatan ke premis KK Mart untuk pemeriksaan dan mendapatkan data bagi membantu siasatan.
- Kerjasama dengan KK Mart bermula dengan outlet di Ibu Pejabat PDRM, berpotensi diperluaskan ke IPK dan IPD, manfaat kepada awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kira-kira 700 premis KK Mart di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dilengkapi CCTV serta mempunyai pusat kawalan, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama lebih strategik dalam aspek keselamatan.
“Pada masa sama, kita akan tingkatkan kerjasama, rondaan dan pemantauan supaya KK Mart boleh dijadikan safety point, iaitu satu tempat yang selamat untuk masyarakat di sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Kedai Serbaneka KK Mart di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di ibu negara hari ini.
Ketika ini, PDRM sememangnya mempunyai proses kerja untuk mengunjungi premis KK Mart bagi menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan data yang diperlukan, termasuk bagi membantu siasatan.
Ketika ini PDRM mempunyai prosedur sedia ada untuk mengunjungi premis KK Mart bagi tujuan pemeriksaan serta mendapatkan data yang diperlukan, termasuk bagi membantu siasatan.
“Data yang kita perlukan itu memang mempunyai kaitan dengan pusat kawalan di Kuala Lumpur, iaitu Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), jadi kita boleh menjalankan pemantauan dengan lebih langsung,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, outlet KK Mart di bangunan PDRM Kuala Lumpur merupakan yang pertama, dengan kerjasama itu berpotensi diperluaskan ke IPK dan IPD lain pada masa akan datang.
Kerjasama itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada warga polis, malah turut memberi manfaat kepada orang awam dan masyarakat secara keseluruhannya.