Keterangan bekas kekasih bongkar tiga pembunuhan

Foto AFP

MEXICO CITY, 15 September – Perbicaraan kes pembunuhan dua beradik warga Australia dan rakan mereka dari Amerika Syarikat di Mexico diteruskan dengan keterangan bekas kekasih salah seorang tertuduh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jesus Gerardo kata dia akan "menghapuskan mereka" selepas Gisel memuji tayar dan telefon mangsa di tapak perkhemahan.
  • Gerardo kembali beberapa jam kemudian dengan beberapa telefon bimbit dan trak pikap Chevrolet Colorado putih milik mangsa, dipenuhi darah.
  • Gisel menceritakan Gerardo membuka khemah mangsa menggunakan pistol 9mm.
  • Mayat Jake dan Callum Robinson serta Jack Carter Rhoad ditemui dalam telaga sedalam 15 meter dengan pelbagai kecederaan.

Ari Gisel memberitahu mahkamah, teman lelakinya ketika itu, Jesus Gerardo yang dikenali sebagai El Kekas, berkata dia akan menghapuskan mereka selepas Gisel memuji tayar dan telefon bimbit mangsa ketika mereka berada di tapak perkhemahan pada April 2024.

Gisel berkata, pada mulanya dia menyangka Gerardo hanya mahu merompak mangsa, sebelum lelaki itu pulang beberapa jam kemudian membawa beberapa telefon bimbit serta trak pikap Chevrolet Colorado putih milik mangsa yang dipenuhi darah.

Menurutnya, Gerardo turut menceritakan bagaimana dia membuka khemah mangsa menggunakan pistol 9mm.

Mayat dua beradik, Jake dan Callum Robinson serta rakan mereka, Jack Carter Rhoad, kemudian ditemui dalam sebuah telaga sedalam 15 meter dengan pelbagai kecederaan dan lebam.

Gisel yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana kesalahan samun berkaitan kes itu turut menyifatkan ketiga-tiga mangsa sebagai individu baik yang tidak sepatutnya mati.

Ibu bapa adik-beradik Robinson, Debra dan Martin, hadir di mahkamah di Baja California namun meninggalkan prosiding tanpa memberikan komen.-Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.