Empat kanak-kanak jatuh longkang maut

Empat kanak-kanak lelaki maut akibat lemas kerana dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim

KULIM, 14 September – Empat kanak-kanak lelaki maut akibat lemas kerana dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di sini ketika hujan lebat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan diterima kira-kira pukul 7.30 malam.
  • Dua kanak-kanak berusia 12 tahun disahkan meninggal di lokasi kejadian.
  • Dua lagi, berumur lapan dan 11 tahun, disahkan meninggal ketika menerima rawatan; polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring dalam kenyataan memaklumkan, maklumat mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 7.30 malam.

“Sebaik anggota tiba di lokasi kejadian, dua kanak-kanak berusia 12 tahun didapati meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kulim,” menurut kenyataan itu.

Superintenden Syamsul Sinring memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.