Pameran Hari Malaysia 2026 diperluas ke platform digital, angkat MA63 sebagai naratif nasional

Majlis perasmian Pameran Sambutan Hari Malaysia di Plaza Merdeka, Kuching/ Japen

KUCHING, 14 September – Pengisian Pameran Hari Malaysia 2026 diperluas menerusi pelbagai platform digital dan media sosial agensi bawah Kementerian Komunikasi bagi memastikan kisah pembentukan Malaysia dapat diketahui dan dihayati pelbagai lapisan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • MA63 dijadikan naratif nasional seperti disaran Perdana Menteri, dengan sokongan Menteri Komunikasi.
  • Arkib Negara diminta menyediakan maklumat; kandungan akan disiarkan menerusi akaun rasmi Jabatan Penerangan dan rakan agensi.
  • Pameran fizikal berskala besar dengan 'terowong sejarah' di 10 bahagian Sarawak, serta pameran mini di Putrajaya dan Sabah.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, usaha itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai satu naratif nasional yang dapat difahami dan dikongsi bersama rakyat.

“Saya telah meminta Arkib Negara mendapatkan maklumat berkenaan dan kita akan memastikan ia disiarkan menerusi akaun media sosial rasmi Jabatan Penerangan (Japen) serta rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis perasmian Pameran Sambutan Hari Malaysia di Plaza Merdeka di sini hari ini.

Pameran fizikal yang berkonsepkan galeri berskala besar dan ‘terowong sejarah’ itu turut diadakan di 10 bahagian di Sarawak selain pameran mini di Putrajaya serta Sabah bagi membolehkan orang ramai melihat sendiri dokumen berkaitan pembentukan Malaysia.

Ia bertemakan ‘Koridor Zaman Pembentukan Malaysia’ itu merangkumi lima segmen utama termasuk Denai Masa Pembentukan Malaysia: Dokumen Pembentukan Malaysia dan Jejak Identiti Malaysia.

Pameran dibuka sejak 10 September lalu sehingga 16 September ini diadakan di Pusat Beli Belah Plaza Merdeka akan diadakan Sabah dan Kementerian Komunikasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.