FELDA perkukuh tadbir urus, lantik firma audit bebas FGV

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 14 September – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperkukuh tadbir urus Kumpulan menerusi pelantikan firma audit bebas bagi menjalankan pengauditan forensik terhadap FGV Holdings Berhad (FGV).

RINGKASAN BERITA AI
  • Audit melibatkan perkara khusus berkaitan entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan Kumpulan.
  • Langkah selaras saranan Perdana Menteri, SPRM dan Jawatankuasa Khas Hala Tuju FELDA 2030 untuk menambah baik tadbir urus dan kelestarian.
  • Pelaksanaan audit mencerminkan komitmen berterusan pengurusan memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan dan pematuhan di semua peringkat operasi.
  • Inisiatif pengauditan forensik bermula sejak 2019 termasuk pelantikan Tetuan Ernst & Young; dapatan dibentangkan di Parlimen melalui Kertas Putih FELDA 2020.

Dalam satu kenyataan, FELDA memaklumkan audit berkenaan melibatkan perkara-perkara khusus berkaitan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan Kumpulan.

Langkah itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju FELDA 2030 bagi menambah baik tahap tadbir urus dan kelestarian agensi berkenaan.

“FELDA akan terus meneliti keperluan melantik firma audit bebas bagi menjalankan pengauditan forensik secara profesional dan menyeluruh terhadap FELDA serta semua organisasi di bawah Kumpulan FELDA.

“Inisiatif pengauditan forensik terhadap agensi itu telah dimulakan sejak 2019, termasuk pelantikan Tetuan Ernst & Young (EY), dengan dapatan laporan audit dibentangkan di Parlimen menerusi Kertas Putih FELDA pada 2020,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, pelaksanaan audit terbaharu itu mencerminkan komitmen berterusan pengurusan Kumpulan FELDA dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan dan pematuhan di semua peringkat operasi.

Dalam pada itu, FELDA menegaskan kepentingan organisasi serta kesejahteraan peneroka akan terus diberi keutamaan dan dilindungi.

Selain FGV, proses pelantikan firma audit bebas juga sedang giat dijalankan terhadap beberapa anak syarikat FELDA yang lain.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.