PM terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar di India

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menerima “‘Sheikh Abu Bakar Foundation Excellence Award “‘ daripada Mufti Agung India Sheikh Abubakr Ahmad (dua, kanan) pada majlis “‘Gathering of Honour Prime Minister Malaysia “‘ serta majlis ilmu di Markazu Saquafathi Sunniya / Foto BERNAMA

KERALAM, 14 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar di sini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat awam beliau dalam pelbagai bidang selama lebih lima dekad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengiktirafan meliputi sumbangan dalam keilmuan Islam, pembangunan institusi, pendidikan, kesejahteraan manusia dan dialog antarabangsa.
  • Diberi plak serta manuskrip Sahih Bukhari sebagai simbol penghargaan terhadap khidmat dan sumbangan beliau.
  • Mengadakan pertemuan sejam untuk bertukar pandangan mengenai pemerkasaan pendidikan, pembinaan komuniti serta memperkukuh persefahaman dan keharmonian antara agama.

Pengiktirafan itu meliputi sumbangan dalam bidang keilmuan Islam, pembangunan institusi, pendidikan, kesejahteraan manusia dan dialog antarabangsa.

Anugerah julung kali itu disampaikan Mufti Besar India,Sheikh Abubakr Ahmad di Markazu Saquafathi Sunniya sempena Majlis ‘Gathering of Honour Prime Minister Malaysia’.

Datuk Seri Anwar menerima plak dan manuskrip Sahih Bukhari pada majlis berkenaan.

Menurut petikan penghargaan yang dibacakan Rektor yayasan itu, Dr Roshan Nurani, sumbangan Datuk Seri Anwar melangkaui jawatan politik, khususnya dalam usaha memelihara dan memperluas tradisi keilmuan Islam.

Beliau turut dipuji atas komitmen dan ketekunan berterusan dalam memperjuangkan pembangunan saksama, pendidikan serta dialog.

Terdahulu, sejurus tiba dari New Delhi, Datuk Seri Anwar mengadakan pertemuan selama sejam dengan Sheikh Abubakr bagi bertukar pandangan mengenai pemerkasaan pendidikan dan komuniti, selain usaha memperkukuh persefahaman serta keharmonian antara agama.

Di Malaysia, Sheikh Abubakr yang juga Mufti Besar India ke-10 pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang keilmuan dan aktiviti kemanusiaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.