Tinju: Ryan Garcia pertahan gelaran WBC

Foto AFP

LAS VEGAS, 13 September – Petinju Amerika Syarikat (AS), Ryan Garcia mempertahankan gelaran welterweight Majlis Tinju Dunia (WBC) dengan bergaya apabila menewaskan petinju Britain, Conor Benn menerusi TKO pada pusingan kedua di T-Mobile Arena di sini, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tumbukan tangan kanan tepat pada dagu Benn selepas 45 saat pusingan kedua menyebabkan dia tersungkur.
  • Benn bangkit tetapi Garcia mengasak lagi; pengadil Thomas Taylor menghentikan perlawanan pada 1:25 pusingan kedua.
  • Kemenangan itu menjadikan rekod Garcia 26 kemenangan dan dua kekalahan; pertahanan pertama gelaran selepas menewaskan Mario Barrios.
  • Ia menafikan Benn, dalam penampilan pertama rebutan gelaran dunia, peluang mengikut jejak bapanya Nigel Benn.

Garcia berjaya melepaskan tumbukan tangan kanan tepat mengenai dagu Benn selepas 45 saat pusingan kedua dan menyebabkan petinju Britain itu tersungkur.

Benn bagaimanapun berjaya bangkit semula bagi meneruskan pertarungan.

Namun Garcia terus mengasak petinju Britain itu dengan tumbukan-tumbukan keras sebelum pengadil Thomas Taylor menghentikan pertarungan selepas satu minit 25 saat di pusingan kedua.

Kemenangan itu melebarkan rekod kemenangan Garcia kepada 26 kemenangan dan dua kekalahan.

Petinju Amerika Syarikat berusia 28 tahun itu mempertahankan gelaran Welterweight buat kali pertama selepas memenangi kejuaraan berkenaan menerusi keputusan sebulat suara ke atas rakan senegara, Mario Barrios pada Februari.

“Saya cuma gembira. Saya rasa tenang. Saya memperoleh kegembiraan dan ketenangan itu dan ia terasa hebat,” kata Garcia.

Pertarungan itu juga merupakan penampilan pertama Benn dalam perebutan gelaran dunia dan kekalahan berkenaan menafikan hasratnya untuk mengikut jejak langkah bapanya, bekas juara dunia kelas Middleweight dan Super Middleweight, Nigel Benn.

Benn sebelum ini, menewaskan petinju Amerika Syarikat, Regis Prograis menerusi keputusan sebulat suara pada April di Stadium Tottenham Hotspur, London.

Pada November tahun lalu, Benn turut membalas satu-satunya kekalahan sebelum itu apabila menewaskan petinju Britain, Chris Eubank Jr menerusi keputusan sebulat suara di venue sama. – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.