Beli sebelum daftar atas nama, taktik baharu warga Myanmar sedia kenderaan

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah dalam sidang media di Panji, Kota Bharu – Foto RTM

KOTA BHARU, 13 September – Membeli sebelum mendaftarkan kenderaan atas nama adalah taktik terbaharu warga Myanmar dalam menyediakan kenderaan, khususnya motosikal untuk kegunaan pelarian negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenderaan dipinjamkan kepada rakan pelarian untuk memudahkan pergerakan mereka.
  • JPJ Kelantan akan bekerjasama dengan agensi lain untuk operasi bersepadu menumpukan kenderaan dipercayai digunakan warga asing.
  • Segelintir penduduk tempatan masih berdegil menyewakan kenderaan kepada warga asing walaupun tindakan penguatkuasaan diambil.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah mendedahkan, warga Myanmar terbabit memasuki Malaysia secara sah sebelum membeli serta mendaftarkan
kenderaan atas nama mereka.

Kenderaan itu, kemudiannya dipinjamkan kepada rakan pelarian untuk memudahkan pergerakan mereka.

“Dah ada beberapa kaedah baharu yang digunakan. Kawan-kawan (warga Myanmar) yang masuk secara sah, mempunyai pasport dan permit, akan membeli serta mendaftarkan kenderaan.

“Kemudian, kenderaan itu dipinjamkan kepada kawan-kawan mereka (berstatus pelarian). Itu antara kaedah baharu yang dikesan JPJ, ” katanya dalam sidang media di Panji, di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata, JPJ Kelantan akan bekerjasama dengan agensi lain untuk menjalankan operasi bersepadu, terutamanya menyasarkan kenderaan dipercayai digunakan warga asing.

Beliau turut mendedahkan segelintir penduduk tempatan masih berdegil menyewakan kenderaan kepada warga asing, khususnya pelarian Myanmar meskipun tindakan penguatkuasaan sudah diambil terhadap mereka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.