Sidang Kemuncak BRICS Ke-18 buka tirai

Foto AFP

NEW DELHI, 12 September – Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 membuka tirai hari ini di sini dengan hari pertama memberi tumpuan kepada pertemuan dua hala.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
  • Pada sebelah petang beliau akan mengadakan pertemuan perniagaan dua hala dan seterusnya bertemu Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Ali.
  • Malaysia hadir sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Januari 2025 untuk membincangkan tadbir urus global, pembangunan mampan dan kerjasama ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada 9.30 pagi waktu tempatan, disusuli pertemuan dengan
Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan perniagaan dua hala.

Selepas itu, beliau akan meneruskan pertemuan dengan Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Ali.

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di New Delhi adalah atas kapasiti sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Januari 2025

Ia bagi membincangkan isu-isu strategik berkaitan tadbir urus global, pembangunan mampan, kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan, transformasi digital dan cabaran global yang memberi kesan kepada negara-negara membangun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.