Britain perkenal larangan import barangan Israel dari Tebing Barat

Foto Reuters

LONDON, 8 September – Britain memperkenal larangan perdagangan terhadap barangan yang dihasilkan di penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki dengan kerjasama Perancis dan Kanada.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Luar Ed Miliband berkata Britain perlu bertindak, bukan sekadar menegur, menentang perluasan penempatan.
  • Britain menyatakan pendudukan Tebing Barat menyalahi undang-undang dan terdapat pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.
  • Amerika Syarikat mengkritik sekatan melalui duta di Israel; dua menteri Israel menggesa tindakan terhadap Britain.
  • Kesan terhadap perdagangan tahunan AS$8.12 bilion dijangka minimum kerana cara membezakan barangan penempatan dan produk Israel belum jelas.

Sekatan terbaharu itu dilaksanakan ketika Israel berdepan dengan pengasingan diplomatik yang semakin meningkat.

Menteri Luar Britain, Ed Miliband berkata Britain tidak boleh lagi sekadar ‘menegur’ ketidakadilan dan penderitaan yang berlaku sebaliknya perlu ‘bertindak’ menentang perluasan penempatan tersebut.

“Hari ini kami enggan hanya menjadi pemerhati kepada penderitaan yang berterusan serta kemusnahan penyelesaian dua negara,” katanya di Dewan Rakyat.

Amerika Syarikat melalui dutanya ke Israel mengkritik sekatan baharu Britain itu, selain dua lagi menteri Israel menggesa supaya tindakan diambil terhadap Britain.

Miliband yang memegang jawatan Menteri Luar Britain sejak Julai, turut menyatakan pendirian negara bahawa pendudukan di Tebing Barat adalah menyalahi undang-undang selain terdapat pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat.

Kesan terhadap nilai perdagangan dua hala tahunan sebanyak AS$8.12 bilion itu dijangka minimum, memandangkan perincian bagaimana United Kingdom akan membezakan antara barangan penempatan Tebing Barat dengan produk keluaran Israel, masih belum jelas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.