Dua maut, jet terhempas ketika pertunjukan udara

Foto REUTERS

GREECE, 6 September — Pertunjukan udara di Pangkalan Udara Tanagra, Greece bertukar tragedi apabila sebuah jet pejuang F-4 Phantom terhempas pada Sabtu, mengorbankan dua juruterbang jet berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku kira-kira dua kilometer di luar kawasan pangkalan udara di utara Athens.
  • Pegawai tempatan mengesahkan butiran kejadian.
  • Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan penonton atau penduduk kawasan sekitar.
  • Mengikut siaran ERT, orang ramai diminta meninggalkan kawasan melalui pembesar suara.

Pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kalangan penonton atau penduduk kawasan sekitar.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Menerusi siaran penyiar awam ERT, orang ramai di pangkalan udara berkenaan diminta meninggalkan kawasan kejadian selepas insiden tersebut.

Pertunjukan Minggu Penerbangan Athens telah dianjurkan pada setiap September di Pangkalan Udara Tanagra sejak 12 tahun lepas. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.