Serangan AS: Angka korban Iran meningkat lima orang

Foto Reuters

HORMOZGAN, 4 September – Rakyat Iran berkabung pada Khamis ketika menghadiri pengebumian mangsa serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menyasarkan sebuah majlis perkahwinan di selatan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Angka korban meningkat kepada lima orang selepas seorang lagi mangsa meninggal dunia di hospital.
  • Sekurang-kurangnya 70 orang dilaporkan cedera dalam serangan udara tersebut.
  • Tentera AS mengaku menerima laporan kejadian tetapi menegaskan tidak menyasarkan orang awam.

Orang ramai berkumpul pada lewat petang di luar kampung Kuhestak, daerah Sirik di sepanjang pesisir Selat Hormuz yang menjadi sasaran serangan udara besar-besaran AS pada Selasa.

Pegawai Iran berkata sekurang-kurangnya empat maut manakala, 70 cedera dalam serangan Washington yang menyasarkan sebuah rumah ketika majlis perkahwinan berlangsung.

Media tempatan kemudian melaporkan, seorang lagi mangsa meninggal dunia di sebuah hospital sekali gus angka korban meningkat kepada lima orang.

Mangsa maut kelima itu merupakan seorang wanita berusia 22 tahun.

Tentera AS berkata pihaknya menyedari laporan berhubung kejadian terbabit namun menegaskan, tenteranya ‘tidak pernah menyasarkan orang awam’.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.