Sektor perkhidmatan awam perlu berbelanja mengikut peruntukan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 September – Sektor perkhidmatan awam khususnya kementerian diingatkan agar memastikan segala perbelanjaan yang dibuat seperti yang telah diperuntukan dalam belanjawan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertikaian antara MOF dan KKDW mengenai peruntukan projek jalan luar bandar menimbulkan perhatian.
  • Ketua Setiausaha Perbendaharaan menegaskan tiada sekatan; keseluruhan peruntukan projek telah disalurkan.
  • Kekangan pembayaran berpunca daripada peruntukan tahun semasa hampir habis, menjejaskan kontraktor; isu perlu diselesaikan segera.

Perkara tersebut ditegaskan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Dalam perkhidmatan awam, kena berbelanja sebagaimana yang dibajetkan,” katanya selepas majlis penutup Seminar AI Sektor Awam 2026 dan penyampaian Anugerah Public Sector AI Nexus Challenge 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhubung peruntukan projek jalan luar bandar.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican memaklumkan, tiada sebarang sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar dan keseluruhan peruntukan bagi projek berkenaan telah disalurkan.

Katanya, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor adalah berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan.

Isu berkenaan timbul berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai masalah yang dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah kementeriannya.

Perkara itu memberi kesan kepada kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan, selain menegaskan keperluan menyelesaikan isu berkenaan supaya masalah bayaran tidak berlarutan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.