Sistem DEEP tambah baik kepimpinan kualiti kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam

Sistem DEEP bukan menghukum pengurusan tertinggi yang gagal mencapai merit ditetapkan

PUTRAJAYA, 3 September – Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bukan mekanisme menghukum pengurusan tertinggi penjawat awam yang gagal mencapai merit ditetapkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • DEEP ialah mekanisme dalam agenda reformasi perkhidmatan awam untuk meningkatkan mutu dan keberkesanan perkhidmatan.
  • JPA disarankan menyemak semula wajaran penilaian bagi jawatan KSU supaya penilaian kekal holistik, relevan dan mencerminkan cabaran pentadbiran semasa.
  • Keputusan penuh penilaian DEEP suku kedua telah dianalisis sebagai asas menambah baik kepimpinan pengurusan tertinggi.

Sebaliknya, menambah baik kepimpinan dalam kalangan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menjelaskan DEEP merupakan antara mekanisme di bawah agenda reformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Seperti yang saya maklumkan dahulu, DEEP bukan untuk menghukum tetapi untuk menambah baik kepimpinan pengurusan tertinggi penjawat awam.

“Itu perlu dibetulkan sebab DEEP merupakan salah satu daripada mekanisme agenda reformasi perkhidmatan awam yang digunakan untuk menambah baik perkhidmatan,”katanya sambil memaklumkan pihaknya telah menganalisis keputusan penuh penilaian DEEP bagi suku kedua tahun ini.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Seminar AI Sektor Awam 2026.

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran meneliti semula wajaran penilaian menerusi DEEP bagi jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian.

Langkah berkenaan bertujuan memastikan sistem penilaian prestasi pegawai pengurusan tertinggi perkhidmatan awam kekal holistik, relevan dan mencerminkan dinamika cabaran pentadbiran semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.