Queiroz dilantik semula sebagai pengendali Ghana

Carlos Queiroz /REUTERS

ACCRA, 3 September – Carlos Queiroz dilantik semula sebagai ketua jurulatih Ghana, hanya dua bulan selepas meletakkan jawatan susulan kempen Piala Dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • GFA berkata Queiroz akan memulakan mandat baharunya pada jendela antarabangsa akan datang.
  • Beliau sebelumnya membawa Ghana ke pusingan 32 Piala Dunia walau dengan persiapan terhad.
  • Rekod pengendalian termasuk Iran, Portugal, Colombia dan Mesir menambah kredibilitinya di peringkat antarabangsa.
  • GFA memuji pengalaman luas, kepakaran teknikal dan pengetahuan beliau mengenai Black Stars sebagai asas pelantikan.

Persatuan Bola Sepak Ghana (GFA) berkata jurulatih berpengalaman dari Portugal itu akan memulakan mandat baharunya pada jendela antarabangsa akan datang.

Queiroz, 73, sebelum ini membimbing Ghana ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia meskipun hanya mempunyai beberapa bulan untuk membuat persiapan menghadapi kejohanan berkenaan.

Beliau turut pernah mengendalikan beberapa pasukan kebangsaan, termasuk Iran, Portugal, Colombia dan Mesir.

Menurut GFA, pengalaman luas Queiroz di peringkat antarabangsa, kepakaran teknikal serta pengetahuannya mengenai Black Stars menjadikannya calon yang sesuai untuk menerajui pasukan dalam fasa baharu.

“Persatuan Bola Sepak Ghana percaya pengalaman antarabangsa Queiroz yang luas, kepakaran teknikal dan pengetahuannya mengenai Black Stars meletakkannya pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin pasukan ke peringkat seterusnya,” menurut kenyataan GFA.

Persatuan itu berkata butiran lanjut mengenai mandat baharu Queiroz serta program Black Stars akan diumumkan kemudian.

Ghana dijadual menentang Ivory Coast dalam aksi timbal balik peringkat kumpulan kelayakan AFCON 2027 pada jendela antarabangsa yang berlangsung dari 21 September hingga 6 Oktober. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.