‘Tindakan tegas wajar diambil’ – Pendeposit TH

(Foto kecil dari atas) Rohana Jamaludin, Dalius Junaidi dan Anuar Mohamad/ RTM

KUALA LUMPUR, 3 September- Orang ramai menyifatkan tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan wang pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH), selain berharap perkara seumpama itu tidak berulang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wang pendeposit ialah hasil simpanan bertahun-tahun untuk menunaikan haji; mesti dilindungi.
  • Mereka yang menyalahgunakan dana perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas jika didapati bersalah.
  • Hanya individu layak dan berintegriti wajar diberi amanah mengurus wang TH bagi mengelak penyalahgunaan.

Rohana Jamaludin berkata tindakan sewajarnya perlu dikenakan kerana wang berkenaan merupakan simpanan orang ramai yang dikumpulkan selama bertahun-tahun bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah haji.

“Sepatutnya memang diambil tindakan sebab ini duit orang. Kita (pendeposit TH) bertahun-tahun menyimpan untuk menunaikan haji, tiba-tiba jadi macam ini,” katanya.

Beliau berkata tindakan berkenaan penting bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu, Dalius Junaidi berkata penyalahgunaan wang pendeposit tidak sepatutnya berlaku dan mereka yang didapati bersalah perlu dikenakan tindakan tegas.

“Kalau didapati bersalah, tindakan tegas harus diambil. Bagi saya, mereka tidak boleh dilepaskan atau diberi muka,” katanya.

Beliau turut berpandangan hanya individu yang layak dan berkelayakan wajar diberi amanah menguruskan wang serta urusan TH.

Anuar Mohamad pula berkata penyalahgunaan wang pendeposit tidak wajar berlaku kerana ia membabitkan simpanan orang ramai yang perlu diuruskan dengan penuh amanah.

“Saya memang rasa benda itu tidak patut dan tidak wajar. Mak ayah kita pun penat menyimpan duit, takkan wang itu hilang begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata wang yang disimpan orang ramai perlu dilindungi dan diuruskan dengan sebaiknya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.