
KUALA LUMPUR, 3 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masa depan kanak-kanak di negara ini perlu terus disantuni dan dipelihara sebagai amanah dalam usaha membina Malaysia yang lebih sempurna.
- Anak-anak adalah wajah masa depan Malaysia Madani, mencerminkan impian, harapan dan senyuman generasi akan datang.
- Setiap senyuman, impian dan harapan mereka menjadi amanah yang perlu kita santuni dan pelihara.
- Kerajaan akan terus berikhtiar membina Malaysia lebih sempurna demi kesejahteraan generasi akan datang.
- Mereka harus membesar dalam suasana aman, sejahtera dan penuh peluang untuk mencapai harapan negara.
Beliau berkata setiap senyuman, impian dan harapan mereka merupakan gambaran masa depan negara MADANI.
“Anak-anak ini adalah wajah masa depan sebuah negara MADANI. Setiap senyuman, impian dan harapan mereka menjadi amanah untuk terus kita santuni dan pelihara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Tambah Perdana Menteri, usaha membina Malaysia yang lebih sempurna akan terus dilakukan supaya golongan itu dapat membesar dalam suasana aman, sejahtera dan penuh peluang.
“Insya-Allah, kita akan terus berikhtiar membina Malaysia yang lebih sempurna, agar mereka dapat membesar dalam suasana yang aman, sejahtera dan penuh peluang,” katanya.