
NEW YORK, 1 Sept – Juara Terbuka AS dua kali, Naomi Osaka menempah tiket ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan sengit 7-6(6), 7-6(3) ke atas pemain bukan pilihan dari Rusia, Anastasia Zakharova, pada hari kedua perlawanan.
- Felix Auger-Aliassime, pilihan ketiga, menewaskan Rinky Hijikata 7-5, 4-6, 6-3, 7-5 untuk mara ke pusingan seterusnya.
- Ben Shelton bangkit selepas tewas set pertama untuk menumpaskan Tallon Griekspoor 1-6, 6-1, 7-6(3), 6-2.
- Learner Tien, pilihan ke-14, mencatat kemenangan selesa ke atas Nuno Borges 6-4, 6-1, 6-2.
- Frances Tiafoe bangkit menewaskan Martin Damm dalam aksi lima set 6-4, 4-6, 3-6, 6-3, 6-4.
Pemain pilihan ke-13 yang pernah menjuarai kejohanan di Flushing Meadows pada 2018 dan 2020 itu dijadualkan bertemu wakil Republik Czech, Katerina Siniakova bagi penentuan ke pusingan seterusnya.
Dalam saingan perseorangan lelaki, pemain pilihan ketiga dari Kanada, Felix Auger-Aliassime menewaskan wakil Australia, Rinky Hijikata dengan keputusan 7-5, 4-6, 6-3, 7-5.
Manakala pemain pilihan kelapan, Ben Shelton bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menumpaskan Tallon Griekspoor dari Belanda 1-6, 6-1, 7-6(3), 6-2.
Turut mencatatkan kemenangan selesa ialah pemain pilihan ke-14, Learner Tien yang menundukkan Nuno Borges dari Portugal 6-4, 6-1, 6-2.
Perlawanan terakhir perseorangan lelaki menyaksikan saingan sengit sesama wakil Amerika Syarikat itiu pemain pilihan ke-11, Frances Tiafoe bangkit mengalahkan Martin Damm menerusi aksi lima set 6-4, 4-6, 3-6, 6-3, 6-4.- REUTERS