Sukan Para Asia: PM ucap tahniah kepada Zuhairie

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Zuhairie Ahmad Tarmizi atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Zuhairie meraih emas dalam acara ujian masa 1,000 meter lelaki C4-C5.
  • Beliau memecahkan rekod baharu temasya semasa saingan kelayakan.
  • Kejayaan itu membanggakan rakyat Malaysia dan menyuntik semangat untuk terus berprestasi di pentas antarabangsa.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, Datuk Seri Anwar menyifatkan pencapaian Zuhairie sebagai sesuatu yang membanggakan dan berharap atlet itu terus mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Zuhairie meraih emas menerusi acara ujian masa 1,000 meter (m) lelaki C4-C5, sekali gus mencipta permulaan membanggakan buat kontinjen negara.

Lebih manis, pelumba berbasikal para negara itu turut memecahkan rekod baharu temasya ketika saingan kelayakan.

Beliau turut menzahirkan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia terhadap kejayaan berkenaan serta menyuntik semangat kepada Zuhairie untuk meneruskan kayuhan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.