Sukan Para Asia: Zuhairie raih emas pertama negara

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Pelumba basikal trek negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara lelaki C4–5 1,000 meter ujian masa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Zuhairie mencatat masa satu minit 5.361 saat untuk mengungguli perlumbaan.
  • Jaturong Niwanti dari Thailand meraih perak dengan masa satu minit 7.206 saat.
  • Kejayaan itu menebus kekalahan Zuhairie kepada Jaturong pada Sukan Para ASEAN, Januari lalu.
  • Sufyan Saori dari Indonesia meraih gangsa dengan catatan satu minit 8.166 saat.

Zuhairie mencatat masa satu minit 5.361 saat untuk mengungguli perlumbaan, menewaskan pelumba Thailand, Jaturong Niwanti yang meraih perak dengan catatan satu minit 7.206 saat.

Kejayaan itu turut membawa makna tersendiri buat Zuhairie apabila beliau berjaya menebus kekalahan kepada Jaturong, yang mengatasinya pada Sukan Para ASEAN, Januari lalu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menerusi hantaran di laman sosial rasminya mengucapkan tahniah kepada Zuhairie atas kejayaan yang disifatkan sebagai hasil perjuangan dan semangat juang yang membanggakan negara.

Bagi acara tersebut juga, pelumba dari Indonesia, Sufyan Saori melengkapkan podium dengan pingat gangsa selepas merekodkan masa satu minit 8.166 saat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.