
KUCHING, 1 September – Sebuah bangunan GiatMARA musnah dijilat api dalam kebakaran lewat malam tadi di Jalan Taman Budaya, di sini.
- Kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 11 malam pada Isnin di sebuah bangunan konkrit berukuran 50 kaki persegi.
- Dua jentera pemadam dengan 23 anggota dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran.
- Operasi terjejas kerana tiada pili bomba berhampiran dan bekalan air kawasan terputus; lori tangki digerakkan untuk sokongan.
- Tiada kecederaan dilaporkan; kebakaran dikawal sepenuhnya sekitar pukul 1.40 pagi dan punca serta kerugian masih disiasat.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, Arther James Collin, bangunan konkrit berukuran 50 kaki persegi itu dipercayai mula terbakar kira-kira pukul 11 malam pada Isnin.
Susulan itu, dua buah jentera pemadam dengan kekuatan 23 anggota telah digerak ke lokasi bagi mengawal kebakaran.
Bagaimanapun pihak bomba menghadapi kesulitan untuk memadam berikutan tiada pili bomba berhampiran serta masalah bekalan air di kawasan itu terputus.
Sehubungan itu, sebuah lori tangki digerakkan bagi menyokong operasi pemadaman.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 1.40 pagi tadi.
Sementara itu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.