
KUALA LUMPUR, 1 Sept. – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah hingga 12.00 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Pulau Pinang: Barat Daya dan Timur Laut, serta Subis dan Miri di Sarawak.
- Amaran sama dikeluarkan untuk kawasan Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kalabakan dan Kunak.
- Ribut Tropika SAUDEL kira-kira 199 kilometer dari Timur Wenchang, China tidak membawa kesan signifikan terhadap Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang serta Subis dan Miri di bahagian Miri, Sarawak.
Di Sabah, amaran sama melibatkan Tawau, Semporna, Kalabakan dan Kunak.
“Ribut petir dan hujan lebat dijangka di kawasan berkenaan hingga 12 tengah hari,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan Ribut Tropika SAUDEL kira-kira 199 kilometer dari Timur Wenchang, China tidak membawa kesan signifikan terhadap Malaysia.