
ARAU, 1 Sept. – Seramai 60 peserta menjayakan Program YADIM Ihsan: Kembara Komuniti MADANI di Kampung Alor Ara, Arau.
- Mendekati masyarakat akar umbi dengan program kemasyarakatan bagi melestarikan gerakan dakwah dan menerapkan nilai ihsan serta aspirasi Malaysia MADANI
- Memperkukuh ukhwah, saling hormat menghormati dan berkongsi rezeki terutamanya kepada golongan memerlukan
- Menjalin kerjasama dengan jawatankuasa masjid, yayasan pembangunan ekonomi Islam dan majlis dakwah negeri
- Aktiviti meliputi pembersihan kawasan masjid, kursus pengurusan jenazah, ziarah kasih keluarga asnaf dan wacana ekonomi
Program kemasyarakatan yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi mendekati masyarakat akar umbi tanpa mengira latar belakang khususnya di kawasan desa.
Menurut Ketua Sukarelawan YADIM Perlis, Ahmad Fuad Ashari dalam kenyataan, pelaksanaan program bersama komuniti bagi melestarikan gerakan dakwah dan menerapkan nilai ihsan, kebersamaan serta kesejahteraan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
“Program sebegini juga mampu memperkukuh ukhwah, saling hormat menghormati serta bersama-sama berkongsi rezeki khususnya bersama mereka yang memerlukan”, katanya dalam kenyataan.
Program turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurul Mukminin KampungAlor Ara, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Majlis DakwahNegeri Kedah/Perlis.
Antara aktiviti dilaksanakan termasuk pembersihan kawasan persekitaran Masjid Nurul Mukminin, kursus pengurusan jenazah, ziarah kasih tiga keluarga asnaf dan uzur serta wacana ekonomi dan cabutan bertuah.