Melaka FC bangkit catat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC

Melaka FC mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC di laman sendiri dalam aksi Liga Super malam tadi/Foto Negeri Sembilan FC

MELAKA, 3I Ogos – Melaka FC mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC di laman sendiri dalam aksi Liga Super musim ini di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yusuke Minagawa membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi hantaran Mio Tsuneyasu.
  • Noel Agbre menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil tandukan dari sepakan sudut Do Donghyun.
  • Ahmad Khuzaimi Piee dilayangkan kad merah pada minit ke-53 selepas menerima kad kuning kedua.
  • Christian de Souza Andre menjaringkan gol pada masa kecederaan, menyempurnakan hantaran Kpah Sherman.

Gol kemenangan tuan rumah diperoleh menerusi pemain import Brazil Christian de Souza Andre pada masa kecederaan babak kedua seterusnya mengesahkan tiga mata penuh dalam perlawanan yang disaksikan lebih 3,000 penyokong.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi Yusuke Minagawa yang menyudahkan hantaran Mio Tsuneyasu.

Melaka FC bagaimanapun berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi tandukan Noel Agbre hasil sepakan sudut Do Donghyun.

Bersambung babak kedua, pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan Ahmad Khuzaimi Piee dilayangkan kad merah pada minit ke-53 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Melaka FC.

Meskipun kekurangan seorang pemain, Negeri Sembilan FC tidak berputus asa dengan terus melancarkan beberapa serangan ke kubu Melaka FC dalam usaha mencari gol kedua.

Namun, hasrat pelawat dikecewakan penjaga gol Melaka FC Khairul Fahmi Che Mat yang cemerlang menyelamatkan gawang daripada dibolosi buat kali kedua.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Christian muncul wira Melaka FC apabila menyempurnakan hantaran Kpah Sherman pada masa kecederaan, sekali gus memastikan tiga mata menjadi milik pasukan tuan rumah. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.