
KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program kecerdasan buatan (AI) akan dibuka kepada seluruh rakyat iaitu anak muda Malaysia berumur 18 sehingga 30 tahun mulai 1 September 2026.
- 100,000 belia yang melengkapkan modul akan menerima langganan aplikasi AI terkemuka percuma selama tiga bulan.
- Langganan merangkumi perkhidmatan chat, penyelesaian AI tempatan dan produk syarikat AI tempatan.
- Termasuk juga langganan Gemini Enterprise dari AS, Wonderclip dan Mulran dari China.
- Keputusan ini antara enam ikhtiar segera kerajaan untuk rakyat yang diumumkan bersempena Ambang Merdeka.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, seramai 100,000 belia yang melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan aplikasi AI terkemuka secara percuma selama tiga bulan.
“Ia merangkumi ilmu chat, AI tempatan, syarikat AI tempatan, Gemini Enterprise dari Amerika Syarikat (AS) dan Wonderclip serta Mulran dari China.
“Semua akan dapat kemudahan mulai esok sebaik-baiknya, tetapi (kita mulakan) pada 1 September (Selasa ini),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Menurutnya, keputusan itu antara enam ikhtiar segera kerajaan untuk rakyat yang diumumkan bersempena Ambang Merdeka.