YDP Agong terima mengadap PM, dipersembah persiapan Hari Kebangsaan

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seri Paduka dipersembahkan perkembangan terkini termasuk persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.
  • Baginda berharap sambutan berlangsung lancar dan semua pihak memberikan usaha sebaiknya.
  • Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya, bertemakan "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati".
  • Sambutan menonjolkan warna-warni, mengangkat semangat cinta negara serta nilai perjuangan dan jati diri.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan pelbagai perkembangan terkini dalam negara termasuk persiapan berkenaan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung esok.

“Saya berharap sambutan kemerdekaan berlangsung dengan lancar dan tidak sabar untuk menyaksikan semua pihak yang terlibat memberikan usaha sebaiknya dalam memperingati peristiwa yang cukup penting dalam sejarah negara kita,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran itu.

Esok, sambutan Hari Kebangsaan ke-69 akan diadakan di Dataran Putrajaya Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Sambutan kali ini menampilkan pengisian penuh warna-warni yang bukan sahaja mengangkat semangat cinta akan negara, malah mengetengahkan nilai perjuangan dan jati diri dalam meraikan kemerdekaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.