69 peserta meriahkan program Zaha Merdeka Fun Walk

Antara hentian yang memerlukan peserta melakukan tugasan disediakan – Foto RTM

BESERI, 29 Ogos – Seramai 69 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan program Zaha Merdeka Fun Walk sejauh 5 kilometer, sebagai simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program bertema Malaysia MADANI membawa peserta menyusuri laluan merentas desa di Tasik Melati dan menikmati pemandangan sawah padi.
  • Acara tetap meriah meskipun jerebu, peserta bersemangat patriotik.
  • Menonjolkan perpaduan masyarakat dan menggalakkan budaya gaya hidup sihat melalui acara berjalan dan tugasan berkumpulan.
  • Anjuran Zaha Bina Sdn Bhd sebagai inisiatif CSR menyediakan tugasan kreatif: bergambar berkumpulan berbusana tradisional dan menurunkan cop tangan Jalur Gemilang.

Program yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ itu membawa peserta menyusuri laluan merentas desa di pusat rekreasi Tasik Melati serta kawasan persekitaran kampung bagi menikmati keindahan alam semula jadi serta sawah padi.

Menurut pengarah program, Hairul Hamid, meskipun dalam keadaan jerebu, program itu berlangsung meriah dan peserta berjalan dengan penuh semangat patriotik.

“Selain menonjolkan perpanduan masyarakat, program tersebut juga diadakan sebagai galakan kepada orang ramai untuk membudayakan gaya hidup sihat.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antara tugasan yang perlu dilaku peserta ialah mengambil gambar secara berkumpulan dengan memakai pakaian tradisional selain menurunkan cop tapak tangan di kain rentang Jalur Gemilang di hentian tertentu, ” katanya lagi.

Beliau ditemui pada program Zaha Merdeka Fun Walk di pusat rekreasi Tasik Melati anjuran Zaha Bina Sdn Bhd sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.