Serangan Israel bunuh tiga di Tebing Barat, sasar anggota Hamas

Foto AFP

JENIN, 28 Ogos – Tentera Israel melancarkan serangan udara di Tebing Barat pada Jumaat yang mengorbankan seorang lelaki Palestin yang didakwa sebagai anggota pejuang Hamas serta dua rakannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hamas mengecam serangan tetapi menafikan bahawa individu yang disasarkan adalah anggota kumpulan itu.
  • Perkhidmatan Ambulans Bulan Sabit Merah Palestin berkata tentera Israel menahan petugas perubatan dan menghalang pemindahan mangsa ke hospital.
  • Tentera Israel mendakwa sasaran terlibat mengarah, membiayai dan melaksanakan serangan serta mempunyai hubungan dengan Hamas di Gaza dan luar negara.

Hamas mengecam serangan berkenaan serta menafikan individu yang menjadi sasaran tentera Israel iaitu Qais Bitawi sebagai anggotanya.

Serangan Israel menyasarkan sebuah kenderaan di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat.

Perkhidmatan Ambulans Bulan Sabit Merah Palestin turut memaklumkan tentera Israel bertindak menahan petugas perubatan dan menghalang mereka membawa mangsa yang cedera dan terbunuh ke hospital.

Sementara itu, tentera Israel seperti biasa menggunakan alasan mendakwa Bitawi terlibat dalam mengarahkan, membiayai dan melaksanakan serangan terhadap orang awam serta pasukan keselamatan Israel.

Beliau juga didakwa mempunyai hubungan dengan anggota Hamas di Gaza serta hubungan dengan anggota kumpulan berkenaan di luar negara.

Tebing Barat menyaksikan peningkatan serangan oleh peneroka haram Israel terhadap penduduk Palestin, selain operasi ketenteraan yang menyasarkan bandar-bandar di Palestin.

Jenin menjadi lokasi operasi besar-besaran tentera Israel tahun lalu yang menyasarkan kubu kumpulan bersenjata.-REUTERS

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.