
KANGAR, 25 Ogos – Lebih 2,000 Jalur Gemilang pelbagai saiz menghiasi 125 buah rumah di Kampung Behor Gandil, sempena Pertandingan Keceriaan Merdeka 2026.
- Acara menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen 'Satu Rumah Satu Jalur Gemilang'.
- Pengarah Program Huzaini Abdul Hamid berkata acara ini menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan penduduk.
- Setiap rumah dihiasi dengan Jalur Gemilang, replika kemerdekaan, tokoh negara, barangan antik dan permainan tradisional.
- Semangat perpaduan dan patriotik perlu diamalkan untuk membentuk generasi berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Ia bagi memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’ yang sedang berlangsung ketika ini.
Menurut Pengarah Program yang juga Penyelaras DUN Indera Kayangan, Huzaini Abdul Hamid, penganjuran acara tahunan ini bagi menyemai semangat cintakan negara terutama kepada semua penduduk Kampung Behor Gandil.
Beliau berkata semangat perpaduan yang dicapai mesti diraikan dengan penuh komitmen oleh seluruh rakyat Malaysia.
Bagi menjayakan pertandingan itu, setiap rumah dihiasi dengan Jalur Gemilang, pelbagai replika bertemakan kemerdekaan, tokoh negara dan barangan antik serta permainan tradisional masyarakat.
Beliau memaklumkannya ketika mengetuai penjurian Pertandingan Keceriaan Merdeka 2026 Kampung Behor Gandil bersama penduduk setempat.
Semangat patriotik yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Generasi hari ini perlu mengangkat semangat patriotik sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa.