PM mahu aspek penyampaian, komunikasi kerajaan diperkukuh

Gambar fail Perdana Menteri ketika menghadiri Sesi Ramah Mesra bersama Pengurus-Pengurus FELDA pada 21 Ogos lalu/Foto PMO

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aspek penyampaian dan komunikasi kerajaan terus diperkukuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan setiap dasar, usaha dan pembaharuan difahami serta manfaatnya dirasai oleh rakyat.
  • Penekanan dilakukan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.
  • Mesyuarat berkala bertujuan meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi pentadbiran kerajaan.
  • Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap dasar, usaha dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat difahami serta dirasai manfaatnya oleh rakyat.

“Perkara itu antara yang ditekankan sewaktu (saya) mempengerusikan Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan petang tadi.

“Mesyuarat berkala ini bertujuan meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.